hmm...ntah mengapa aku semakin membenci pekerjaan aku sekarang ini...sistem bekerja, dan staf2 yang tidak berdisiplin membuatkan aku semakin bosan bosan dan bosan...orang lain mungkin berkata...lumrah dalam alam pekerjaan...namun aku tetap tidak menyukai...setahu aku..dan pengalaman aku berpraktikal di KDRM...pekerjaan sekarang adalah yang terburuk berbanding di KDRM...aku tidak menyukai sistem bekerja yang tidak teratur dan hubungan kerja yang mcm siot...bekerja di sana menambahkan dosa aku...memaki orang orang siot itu dalam hati...
suasana kerja yang aku tidak sukai...aku perlukan waktu waktu untuk aku 'bersendiri' tanpa ada manusia di pejabat itu menganggu pada hari cuti ku, pada waktu tidur ku, pada waktu santai yang hanya sehari itu...tetapi apa kah daya...mereka yang siot itu kerap menggangu waktu 'sendirian' aku dengan pertanyaan hal hal di pejabat. Mahu sahaja aku menutup telefon aku sepanjang hari..tapi apakan daya...atas rasa tanggungjawab...aku tidak boleh berbuat sebegitu...
orang bawahan aku sudah satu persatu mula berhenti bekerja untuk melanjutkan pelajaran...insan2 yang banyak membantu pada hari awal aku di sana; wan, ezzi dan liza dan mereka ini la yang membuatkan aku ketawa semasa di sana, tanpa mereka...aduh...berat untuk aku melepaskan mereka semua...orang orang baru yang muncul menggantikan mereka...hmm agak ok...tp apakan daya aku tak mungkin lama dengan mereka...aku ingin pergi dari situ secepat mungkin bila adanya peluang kerja yang lebih bagus...pekerjaan aku sekarang yang banyak kerja...tidak berbaloi dengan gaji yang aku perolehi...walaupun big boss menawarkan kerja di KL dgn jawatan dan gaji yang lumayan..aku x mungkin pergi...sb aku sendiri tidak suka sistem bekerja mereka itu...maaf lah...saya tidak mahu pergi bekerja di sana.
hmm...aku harus memulakan mencari pekerjaan yang lebih baik dan gaji yang lebih baik dari sekarang...aku perlukan duit...banyak hutang serta kewajipan yang harus aku tunaikan...gaji yang lebih lumayan dari sekarang...mampu meringankan beban keluarga aku...itu yang aku niatkan...gaji yang lumayan...untuk keluarga, hutang ptptn, melanjutkan pelajaran tahap master, sumbangan bekalan makanan atau peralatan untuk haiwan-haiwan yang terbiar di SPCA (yang sememangnya aku telah berjanji pada diriku sejak aku kecil lagi bahawa aku akan membantu haiwan-haiwan yang malang itu apabila aku mula bekerja)...
Ya Allah, kau berkati la niat ku itu...aku perlukan pekerjaan dan suasana pekerjaan yang lebih baik...
No comments:
Post a Comment